Rabu, 10 April 2013

Karipap pap pap pap!

.......angin yang sepoi-sepoi meniup rambut gua yang panjang sampai bahu dengan begitu kemas. Rambut gua mengerbang rapi dan kelihatan sangat tenang. Gua capai sesuatu dari kocek kemeja kotak yang dibeli kira-kira dua tahun yang lepas. Zaaaaassssssssssssssssssssssss...............

"Apahal hilang idea pulak masa mengarang ni?", gua bermonolog dalaman dengan penuh tidak senang.

Okay lah. Nak makan sardin kejap.

Isnin, 8 April 2013

Karangan

Aku nak mengarang sikit ni. Karangan aku kali ni berkisar tentang sebijik karipap.

Pada awal 80-an kuih-muih seperti kuih ketayap, lepat pisang, donut ubi dan seri muka sudah mula mendapat tempat di tepi-tepi jalan yang dijual oleh makcik-makcik lingkungan 40-an hingga 50-an. Kiranya, karipap ni memang kuih yang rare lah. Sangat rare. Kalau nak merasa pun dengan ikhsan jiran sebelah rumah. Tu pun 2, 3 bijik je. Kalau jiran yang baik sikit tu dapat la jugak dalam 4, 5 bijik atau lebih. Nikmat makan karipap masa tu memang cukup power nikmatnya. Kalau masa bulan puasa tu, telan 2 bijik karipap masa sahur, boleh tahan lapar sampai berbuka. Dikatakan oleh nenek moyang, karipap ni berasal dari satu kepulauan Ikan Paus yang terletak berhampiran dengan pelabuhan Portsmouth di Hampshire, England pada abad ke 17.

Tiba-tiba angin bertiup dengan sepoi-sepoi bahasa. Aku malas betul nak mengarang ni.

Rabu, 9 Januari 2013

Lama

Lama betul tak mengarang ni.

Selasa, 16 Oktober 2012

Haiwan yang Bahaya

Pemain nombor 8, berkulit kehitaman, berbadan sasa dan berkasut saiz 9 setengah itu lincah menggelecek beberapa orang pemain. Posture badannya cukup power. Cukup besar untuk mengucar kacirkan pertahanan pihak lawan. Mukanya selamba. Setelah kira-kira 5 orang pemain pertahanan pihak lawan gagal memintas pemain nombor 8 itu, gua dengar langkah yang kurang sedap didengar. Azizi atau lebih gemar dipanggil Ji menghampir meja tempat gua makan.

 "Hang ni mende tengok bola sambil makan?", sapa Ji dengan penuh kurang ajar.

 "Kaki aku ringan ni, Ji. Ringan ni woi", jawab gua dengan penuh komitmen sambil menyuap nasik dan kulit ayam ke dalam mulut.

 Ji senyum nipis. Gua tak balas senyuman Ji. Aktiviti makan tengah hari gua dengan lauk ayam berempah dan kuah lemak ikan keli berjalan lancar.

 "Esok final", bisik Ji ke telinga gua secara tiba tiba.

 Gua tumbuk muka Ji sampai pecah ke beberapa bahagian.

 Ji balik Kedah selepas kejadian pecah muka.

Selasa, 6 Mac 2012

Sebuah Diari Mat Jengka

"Mat, nak pi Jengka tak? ", tanya didi sambil mencari-cari sesuatu dalam kocek seluar jeans sipi-sipi ketatnya.

"Bila nya tu aok?", koi balas sambil membetulkan rambut koi yang kemas ni.

"Jumaat, lepas solat jumaat", balas didi dengan tangan kananya masih dalam kocek seluar jeans sipi-sipi ketatnya.

"Bila masanya aok ni pi solat?", tanya koi dalam hati kehairanan.

Jumaat, koi, didi dan bulat bertolak ke Bandar Pusat, Jengka. Koi ni dah berkali-kali pergi Jengka ni. Tapi koi tak pernah rasa jemunya. Scene Jengka ni banyak menarik minat koi. Kawan-kawan didi pun memainkan peranan yang penting dalam tujuan koi ke Jengka ni. Jengka ni menurut pandangan koi merupakan pekan indie. Dari segi corak dan gaya pembinaan bangunannya hinggalah gaya kedai-kedai makannya. Kawan-kawan didi ni pulak mempunyai tahap indie yang tersangat la power. Bukan senang nak berjumpa dengan sek sek ni. Tahap borok sek sek ni, dapat koi kenal pasti, sek sek ni bukan lah calang calang orang. Kalah Najib woi koi cakap.

Dari segi persedianya, koi dah ready berloghat pahang sebelum koi jejak bumi pahang buat kali yang ke berapa ni. Bukan apa, kang koi segan pulak kalau nak tanya tandas mana, berapa ringgit minum kopi ni, dengan mokcik, mokcik orang pahang ni. Ada moleknya, koi bersiap sedia. Karang nak borok dengan pokcik, mokcik pahang ni tak la koi segan silu. Boleh la jugak koi, mencelah waktu berborok nanti.

Perghh, koi dah malas ni. Esok la koi sambung. Banyak betul nak kena tulis ni. Ini belum mula intro ni. Selamat Malam Mat Jengka.

Khamis, 23 Februari 2012

Malam

Malam. Dikala malam tiba, mata sedang terbuka, Malaysia main tadi macam cilake. Kah kah

Khamis, 16 Februari 2012

Ke hadapan adinda,

Pergh lama betul tak menulis ni. Hidup seharian sebagai kutu ni memang sibuk juga. Bangun jam 11 pagi. Lepas tu, makan. Bukak fesbuk dan duduk sampai zohor. Lepas dah kena bising baru la aku reti nak mandi. Kalau tak pegang gayung pun aku tak reti. Selepas makan tengah hari, mula lah dua tiga kutu mesej gua ajak minum. Kalau dah minum tak reti-reti nak balik. Borak itu borak ini. Cerita pasal masa depan la. Seterusnya borak pasal beberapa kutu pencen yang tak reti nak sembahyang la. Rumah jiran masuk hantu beberapa ekor la. Tengok jam dah pukul 5. Sedak main bola ni.