Selasa, 16 Oktober 2012

Haiwan yang Bahaya

Pemain nombor 8, berkulit kehitaman, berbadan sasa dan berkasut saiz 9 setengah itu lincah menggelecek beberapa orang pemain. Posture badannya cukup power. Cukup besar untuk mengucar kacirkan pertahanan pihak lawan. Mukanya selamba. Setelah kira-kira 5 orang pemain pertahanan pihak lawan gagal memintas pemain nombor 8 itu, gua dengar langkah yang kurang sedap didengar. Azizi atau lebih gemar dipanggil Ji menghampir meja tempat gua makan.

 "Hang ni mende tengok bola sambil makan?", sapa Ji dengan penuh kurang ajar.

 "Kaki aku ringan ni, Ji. Ringan ni woi", jawab gua dengan penuh komitmen sambil menyuap nasik dan kulit ayam ke dalam mulut.

 Ji senyum nipis. Gua tak balas senyuman Ji. Aktiviti makan tengah hari gua dengan lauk ayam berempah dan kuah lemak ikan keli berjalan lancar.

 "Esok final", bisik Ji ke telinga gua secara tiba tiba.

 Gua tumbuk muka Ji sampai pecah ke beberapa bahagian.

 Ji balik Kedah selepas kejadian pecah muka.

Tiada ulasan: