Isnin, 8 April 2013

Karangan

Aku nak mengarang sikit ni. Karangan aku kali ni berkisar tentang sebijik karipap.

Pada awal 80-an kuih-muih seperti kuih ketayap, lepat pisang, donut ubi dan seri muka sudah mula mendapat tempat di tepi-tepi jalan yang dijual oleh makcik-makcik lingkungan 40-an hingga 50-an. Kiranya, karipap ni memang kuih yang rare lah. Sangat rare. Kalau nak merasa pun dengan ikhsan jiran sebelah rumah. Tu pun 2, 3 bijik je. Kalau jiran yang baik sikit tu dapat la jugak dalam 4, 5 bijik atau lebih. Nikmat makan karipap masa tu memang cukup power nikmatnya. Kalau masa bulan puasa tu, telan 2 bijik karipap masa sahur, boleh tahan lapar sampai berbuka. Dikatakan oleh nenek moyang, karipap ni berasal dari satu kepulauan Ikan Paus yang terletak berhampiran dengan pelabuhan Portsmouth di Hampshire, England pada abad ke 17.

Tiba-tiba angin bertiup dengan sepoi-sepoi bahasa. Aku malas betul nak mengarang ni.

Tiada ulasan: