Bola sepak merupakan sukan yang paling awal aku ceburi waktu sekolah rendah. Darjah 4, 5, dan 6 merupakan zaman bola sepak. Bermain di posisi pertahanan sebelah kanan bukan merupakan perkara yang susah.
Okay gua dah malas ni.
Ahad, 15 Januari 2012
Sabtu, 24 Disember 2011
Konsert
"Mau pergi mana malam ni", tanya gua pada Dondo.
"Konsert", Dondo jawab dengan ringkas.
"Lawa, lawa", balas gua.
"Kat mana tu Dondo?", tanya gua kurang sabar.
"Youtube", jawab Dondo.
"Kang ada yang makan nasik guna kaki kang", jawab gua.
Dondo mengambil sebatang Winston lalu meletakkan antara dua bibirnya.
Rabu, 14 Disember 2011
Esok
Warghhhh ! Gua baru bangun dari tidur. Gua mencecahkan kaki ke bumi. Bangkit dari buaian spring semi automatik buatan China. Gua mencapai puting lalu menyumbatnya ke mulut. Memang sedap. Rasa strawberi Cameron Highlands. Tanpa melengahkan masa, gua capai dua patung utraman. Satu patung tanpa kaki, dan satu lagi tanpa tangan kiri. Dush dush. Gua laga-laga dua patung utraman tu.
*************************
Warghhh ! Gua baru bangun tidur. Gua lihat jam tangan. Sudah 3.20 petang. Seorang mak cik berumur area 40-an mencapai mikeropon. "Ehem ehem", makcik tadi mencuba mikeropon. "Perhatian, semua calon masa nak jawab tinggal lebih kurang 10 minit", makcik tadi melontarkan perkataan sebijik-sebijik. Tenang. Itulah yang boleh digambarkan pada muka makcik tadi.
*************************
Warghhh ! Gua bangun dari tidur. Jam katak gua jelas menunjukkan bahawa sudah pukul 9.58 pagi. Gampang, pukul 10.00 pagi masuk kerja.
Jumaat, 9 Disember 2011
Azab
Fuhhh... gua melangkah keluar dari dewan dengan lega. Memang ganas betul dua malaikat tadi. Gua menyimpan semula senapang patah milik arwah datuk gua. Dua kelongsong peluru menyambah bumi. Gua turut membetulkan topi di kepala.
Susah. Memang susah. Itu lah yang gua alami selama tiga minggu. Susahnya mengalahkan kesusahan orang-orang dalam Bersamamu. Gua menadah tangan ke langit. Woi!!!!!!!!!!!! , pekena jom jerit Dondo macam orang hilang akal.
Susah. Memang susah. Itu lah yang gua alami selama tiga minggu. Susahnya mengalahkan kesusahan orang-orang dalam Bersamamu. Gua menadah tangan ke langit. Woi!!!!!!!!!!!! , pekena jom jerit Dondo macam orang hilang akal.
Jumaat, 26 Ogos 2011
Motorsikal
Minggu lepas, gua pulang ke kampung halaman. Lama betul tak hirup udara kampung ni. Udara bandar amatlah lain macam dengan udara kampung. Bab kandungan gas-gas ni gua tak reti nak cerita.
Sampai rumah, gua terus capai..capai..capai tangan mak bapak gua. Dalam bulan Ramadhan ni, gua nak jadi beradab sikit. Takdalah sampai rumah terus capai..capai.. fesbuk, tak pun kunci motor pergi mengular sana sini tak ingat rumah. Macam biasa. Soalan-soalan macam kau sehat ke tak, macam mana puasa, puasa penuh tak, periksa macam mana, balik dengan siapa... dan macam-macam lagi akan ditujukan kepada gua oleh mak bapak gua. Gua jawab dengan steady tanpa sebarang gagap. Selepas itu, semuanya berjalan lancar. Buka puasa, terawikh dan sebagainya.
Gua dah hafal betul jadual bapak gua. Hari Sabtu adalah hari pomen bapak gua dalam kamus mahupun diari hidup dia. Walaupun hubungan bapak gua dengan kamus dan diari agak renggang. Macam biasa, gua juga akan sibuk. Sibuk. Sibuk ambik kesempatan. Test power. Kali ni gua test power sebuah motor besar yang memang laju tak ingat dunia. Honda CBR 929 RR. Dia punya power sampai buat gua lupa nak bukak puasa. Ciss. Gua dah lapar.
Ahad, 21 Ogos 2011
Biawak dan Ramadan
Tett...tett...tett... lambat betul jam ni berjalan, detik gua dalam hati. Cis, merah betul air tembikai tu. Tekak gua dah kering. Memang betul-betul dugaan. Biasanya, kalau tak bulan puasa tak merah pun air tembikai tadi. Jiwa gua sedang berlawan sama nafsu. Kuat jugak nafsu ni. Cilake.
Langgan:
Catatan (Atom)