Rabu, 14 Disember 2011

Esok

Warghhhh ! Gua baru bangun dari tidur. Gua mencecahkan kaki ke bumi. Bangkit dari buaian spring semi automatik buatan China. Gua mencapai puting lalu menyumbatnya ke mulut. Memang sedap. Rasa strawberi Cameron Highlands. Tanpa melengahkan masa, gua capai dua patung utraman. Satu patung tanpa kaki, dan satu lagi tanpa tangan kiri. Dush dush. Gua laga-laga dua patung utraman tu.

*************************

Warghhh ! Gua baru bangun tidur. Gua lihat jam tangan. Sudah 3.20 petang. Seorang mak cik berumur area 40-an mencapai mikeropon. "Ehem ehem", makcik tadi mencuba mikeropon. "Perhatian, semua calon masa nak jawab tinggal lebih kurang 10 minit", makcik tadi melontarkan perkataan sebijik-sebijik. Tenang. Itulah yang boleh digambarkan pada muka makcik tadi.

*************************

Warghhh ! Gua bangun dari tidur. Jam katak gua jelas menunjukkan bahawa sudah pukul 9.58 pagi. Gampang, pukul 10.00 pagi masuk kerja.

Tiada ulasan: