Selasa, 21 Disember 2010

Cerita Rossi Part 2

Motor lapuk Rossi.


Rossi balik dengan muka minyak hitam. Mak Limah mak angkat Rossi tercengang kehairanan. Pucat pun ada. Dengan muka bengis Rossi berjalan laju menuju ke tempayan di kaki tangga vintage rumahnya itu. Dia menyedok air menggunakan tempurung kelapa lalu mencuci mukanya yang penuh dengan minyak hitam jenama Sell. Puih puih. Rossi meludah-ludah. Dalam hatinya seraya berkata "cilakak kau Mat, gua nak revenge". Habis disumpah seranah Motor GP kepunyaanya bosnya yang dipinjam buat balik kampung. Takde pick-up la, brek tak makan la, itu la ini la. Pening Mak Limah. Selesai kerja-kerja mencuci muka, Rossi masuk rumah online Fesbuk.

*****************************************

Jam memunjukkan jam 3 petang. Rossi menjilat-jilat jarinya. Marahnya pada Mat kian reda. Mak Limah tenang seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Rossi mencapai Winston merahnya lalu mengeluarkan sebatang keretek. Puhhhh puhhhh dia mengembuskan asap rokoknya yang sulung. Memang ada gaya Indiana Jones bisik hatinya. Habis kira-kira 50 ekor nyamuk mati akibat tercekik asap Winston Rossi. Rossi ketawa sinis. Trett trett telefonnya berdering dalam nada silent. Tertera nama Mat pada skrin telefonnya. Dia segera buka. Amarahnya pada Mat yang sudah reda tadi kian membara semula. Tertera, "Rossi jom lepak mamak depan jejantas." Mesej rengkas itu dibalasnya "OK". Rossi keluar rumah pakai selipar Manchester United Felda dan menghidupkan motornya lalu ke kedai mamak.

*****************************************

Tak sampai separuh jalan motor Rossi semput. Timing belt putus. Cilake sayup terdengaran dalam dalam jiwa indienya itu.

Tiada ulasan: