Ahad, 19 Disember 2010

Cerita Rossi Part 1

Rossi menghembuskan sedutan rokoknya yang terakhir. Puntung rokok Winston dipijak-pijaknya. Memang sejak habis SPM dia melayan kerenah Winston. Kretek masa mula-mula belajar. Dia segera ke kaunter mamak dan membayar secawan teh trik 3 rasa dan separuh roti canai. "Semuanya Rm2.50 bang". Dia menghulurkan cek RM2000 dan dengan selamba "lu keep the change la mamak". Dia beredar pergi. Mamak garu kepala.

*************************************

Gua dengan motor kapcai gua pandu slow. Signboard pandu selamat jiwa selamat yang dah lusuh ditelan anai-anai masih tersemat di jiwa gua. Tiba-tiba Rossi dari belakang bakar-bakar gua. Dia pintas gua. Maklum la dari tadika sampai SPM gua sekelas dengan dia. Kalau nak cerita saat indah gua bersama dia, memang tak cukup satu cawan teh tarik. Rossi pintas gua. Gua baran. Gua tukar gear 2 dan terus pulas tali minyak.

*************************************

Rossi cicir. Rossi telan asap gua. Rossi menyesal kerana tak hormat kapcai gua.

Tiada ulasan: