Jumaat, 18 Mac 2011

Kolumpo

Lama dah tak hirup udara Kolumpo. Teh Kolumpo pun dah lama tak hirup. Banyak dah berubah. KTM tetap gampang. Semenjak ada koc wanita jarang dah nampak perempuan-perempuan gaduh-gaduh tarik rambut hanya untuk duduk. Terpikir jugak gua nak bawak kerusi mudah angkut. Mana la tahu otot-otot sasa kejang masa berdiri.

Matlamat utama ke Kolumpo adalah melepaskan beban-beban tekanan yang dipikul di bahu. Banyak betul dilepaskan. Menontot wayang,makan,bual-bual,cerita pasal kiamat,bergambor dan kutuk-kutuk pentadbiran kerajaan Uganda.

Semua berjalan lancar. Rossi ada. Spirit pun ada. Gua pikir lepas ni nak bukak kedai helikopter di Bukit Bintag.

Tiada ulasan: