Selasa, 6 Mac 2012

Sebuah Diari Mat Jengka

"Mat, nak pi Jengka tak? ", tanya didi sambil mencari-cari sesuatu dalam kocek seluar jeans sipi-sipi ketatnya.

"Bila nya tu aok?", koi balas sambil membetulkan rambut koi yang kemas ni.

"Jumaat, lepas solat jumaat", balas didi dengan tangan kananya masih dalam kocek seluar jeans sipi-sipi ketatnya.

"Bila masanya aok ni pi solat?", tanya koi dalam hati kehairanan.

Jumaat, koi, didi dan bulat bertolak ke Bandar Pusat, Jengka. Koi ni dah berkali-kali pergi Jengka ni. Tapi koi tak pernah rasa jemunya. Scene Jengka ni banyak menarik minat koi. Kawan-kawan didi pun memainkan peranan yang penting dalam tujuan koi ke Jengka ni. Jengka ni menurut pandangan koi merupakan pekan indie. Dari segi corak dan gaya pembinaan bangunannya hinggalah gaya kedai-kedai makannya. Kawan-kawan didi ni pulak mempunyai tahap indie yang tersangat la power. Bukan senang nak berjumpa dengan sek sek ni. Tahap borok sek sek ni, dapat koi kenal pasti, sek sek ni bukan lah calang calang orang. Kalah Najib woi koi cakap.

Dari segi persedianya, koi dah ready berloghat pahang sebelum koi jejak bumi pahang buat kali yang ke berapa ni. Bukan apa, kang koi segan pulak kalau nak tanya tandas mana, berapa ringgit minum kopi ni, dengan mokcik, mokcik orang pahang ni. Ada moleknya, koi bersiap sedia. Karang nak borok dengan pokcik, mokcik pahang ni tak la koi segan silu. Boleh la jugak koi, mencelah waktu berborok nanti.

Perghh, koi dah malas ni. Esok la koi sambung. Banyak betul nak kena tulis ni. Ini belum mula intro ni. Selamat Malam Mat Jengka.

Tiada ulasan: