Jumaat, 26 Ogos 2011

Motorsikal

Minggu lepas, gua pulang ke kampung halaman. Lama betul tak hirup udara kampung ni. Udara bandar amatlah lain macam dengan udara kampung. Bab kandungan gas-gas ni gua tak reti nak cerita.

Sampai rumah, gua terus capai..capai..capai tangan mak bapak gua. Dalam bulan Ramadhan ni, gua nak jadi beradab sikit. Takdalah sampai rumah terus capai..capai.. fesbuk, tak pun kunci motor pergi mengular sana sini tak ingat rumah. Macam biasa. Soalan-soalan macam kau sehat ke tak, macam mana puasa, puasa penuh tak, periksa macam mana, balik dengan siapa... dan macam-macam lagi akan ditujukan kepada gua oleh mak bapak gua. Gua jawab dengan steady tanpa sebarang gagap. Selepas itu, semuanya berjalan lancar. Buka puasa, terawikh dan sebagainya.

Gua dah hafal betul jadual bapak gua. Hari Sabtu adalah hari pomen bapak gua dalam kamus mahupun diari hidup dia. Walaupun hubungan bapak gua dengan kamus dan diari agak renggang. Macam biasa, gua juga akan sibuk. Sibuk. Sibuk ambik kesempatan. Test power. Kali ni gua test power sebuah motor besar yang memang laju tak ingat dunia. Honda CBR 929 RR. Dia punya power sampai buat gua lupa nak bukak puasa. Ciss. Gua dah lapar.

Tiada ulasan: